18 June 2022

DEDAH SUDAH TIGA KALI KEGUGURAN - NOOR NABILA REDA, BERDOA DIKURNIAKAN REZEKI ZURIAT



Isteri kepada Engku Emran iaitu Noor Nabila mendedahkan dia sudah tiga kali mengalami keguguran namun reda dengan ketentuan Allah. Nabila turut meminta mendoakan agar dia dan suami dikurniakan rezeki zuriat.


"Saya sebenarnya sudah keguguran sebanyak tiga kali. Doakan saya dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. Semestinya saya ingin memberikan adik kepada Jayden, namun belum ada rezeki lagi. Semoga kami dikurniakan rezeki zuriat. Insya-Allah," tuturnya.

Menurut kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa ini lagi, buat masa sekarang, dia memberikan fokus kepada anak tunggalnya, Jebat Jayden yang kini semakin petah.

"Buat masa ini, fokus saya kepada Jayden yang semakin membesar. Dia pula semakin petah berkata-kata kerana Sharnaaz suka berborak dengan Jayden. Malah, saya juga semakin aktif bermain TikTok yang mana di atas permintaan ramai juga. Jadi saya memang bersedia saja dengan telefon setiap masa," katanya.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Hasil perkahwinan dengan Sharnaaz, Nabila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama primadona Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, berusia 13 tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: