21 June 2022

INDIVIDU DIKECAM TEGUR AURAT ALLAHYARHAM ADIBAH NOOR: "DAH SAKIT PUN TAK INSAF-INSAF"



Ramai pihak berduka serta terkejut kerana tidak mengetahui penyakit kanser yang dihadapi oleh Allahyarham Adibah Noor selama ini, sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Sabtu lalu.


Bukan sahaja rakan selebriti terasa kehilangannya, malah rakyat biasa juga dapat merasakannya kerana arwah merupakan satu individu yang dianggap sering membantu serta mempunyai personaliti yang sangat baik.

Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang meninggalkan komen di posting Facebook Harian Metro telah menarik perhatian ramai sehingga tular di Twitter. Ramai warganet berasa 'panas hati' dengan sikap individu terbabit yang seolah-olah tidak mempunyai sifat simpati atas apa yang telah berlaku.

Klik untuk gambar besar



Lelaki berkenaan meninggalkan komen konon menegur aurat Allahyarham, namun netizen berasa ia sama sekali tidak perlu diperkatakan, lagi-lagi ayat yang ditinggalkan sememangnya berlebihan.

Bukan itu saja, malah terdapat seorang lagi individu lelaki biadap lain turut menegur aurat Allahyarham, selain meluahkan rasa meluat apabila portal-portal media mengeluarkan berita mengenai arwah.

Sememangnya komen-komen tersebut telah membuatkan ramai netizen mengecam lelaki-lelaki tersebut serta menyifatkan mereka seperti tidak mempunyai perasaan apabila meluahkan hal-hal terbabit ketika waktu ini.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: