"Mengenai kesihatan saya yang terbaru agak kurang baik buat masa ini, cuma saya masih lagi keluar bekerja. Selagi mampu untuk bekerja dan saya akan lakukan walaupun keadaan diri sekarang ini hampir 24 jam sakit.
"Perut saya, belakang badan memang sentiasa sakit tapi saya hanya mengambil ubat penahan sakit dan ubat-ubatan lain yang doktor beri. Mungkin kalau tidak ada aral melintang, saya akan jalani satu pembedahan dan sampai waktu untuk saya lakukannya," itulah kata penyanyi Zamani Slam.
Difahamkan, Zamani perlu menjalani pembedahan Skoliosis dengan kadar segera berhubung keadaan terkininya yang kelihatan semakin merosot. Ujar Zamani, keadaan tulangnya yang semakin membongkok menyukarkan dia untuk melakukan aktiviti seharian dan bekerja.
Zamani bakal menjalani pembedahan tulang belakang di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan masih menunggu tarikh temu janji daripada pihak hospital dalam masa terdekat ini.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment