16 June 2022

ISU TEPUK PUNGGUNG - SKMM SIASAT, SIFATKAN SEBAGAI SUMBANG & JELIK



"SKMM memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang telah memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan TikTok masing-masing.


"Siasatan dibuat susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu-individu berkenaan. Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.

"Sehubungan itu, orang ramai khususnya para selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang," kata pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini, hari ini.

SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap beberapa pengasas produk kecantikan serta selebriti terkenal yang memuat naik kandungan boleh disifatkan jelik di Instagram dan TikTok mereka baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



SKMM dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu dijalankan terhadap ketiga-tiga individu terlibat di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua- duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan aksi tepuk punggung membabitkan empat selebriti dan usahawan iaitu penyanyi Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: