16 June 2022

GUNA GAMBARNYA & SUAMI DALAM IKLAN PRODUK - SITI NURHALIZA HARAP PENIAGA SEGERA INSAF



Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah meminta pengikutnya supaya tidak terpedaya dengan tipu-helah individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan gambarnya dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk melariskan produk jualan mereka.


Dalam hantaran sama, Siti yang selama ini berdiam diri mengenai perkara itu tampil menafikan dirinya terbabit dalam perniagaan dan produk itu. Siti juga menasihatkan golongan peniaga supaya berniaga untuk mencari keberkatan.

"Jangan terpedaya. Saya harap peniaga ini insaf dan tak menggunakan gambar saya serta suami serta membuat artikel tak benar. Bila saya diam, makin rancak menyebarkan perniagaan yang tak membabitkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga.

Klik untuk gambar besar



"Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya berniagalah cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain. Kepada anda yang ada membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena-mengena dengan produk mereka.

"Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan untuk melariskan produk dengan menggunakan iklan palsu. Saya harap kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini," tulis Siti yang turut memuat naik tangkap layar iklan produk rawatan rambut yang memaparkan gambarnya bersama suami.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: