16 June 2022

MASUK HOSPITAL - DUA ANAK PUTERI SARAH ALAMI DEMAM AKIBAT JANGKITAN VIRUS DI BAHAGIAN TEKAK



"Abang (Syaikhul) mula demam minggu lalu dan saya telah bawa ke hospital, namun disebabkan katil wad penuh, doktor nasihat untuk bawa pulang dan lakukan pemantauan di rumah. Sekarang masuk hari kelima dan badannya masih panas. Saya rasa lebih baik dijaga di hospital. Adik (Summayah) juga sudah mula demam. Jadi saya bawa kedua-dua sekali ke hospital.


"Jaga sendiri di rumah memang puas hati tetapi tidak mendapatkan ubat dan pemantauan betul. Kalau di hospital waktu makan ubat terjaga, tidak perlulah saya risau," itulah kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang memaklumkan dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2, telah dimasukkan di sebuah pusat perubatan pada Khamis selepas mengalami demam akibat jangkitan virus di bahagian tekak.

Menurut Puteri Sarah, dia lebih yakin anak-anaknya mendapat pemantauan hospital kerana adanya kepakaran doktor berbanding jika berada di rumah. Sementara itu, Sarah juga berasa sedikit lega apabila anak-anak berada di hospital kerana dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 'Suri Hati'. Namun begitu dia tidak mengambil cuti kerana enggan menyusahkan pihak produksi.

Klik untuk gambar besar



"Apabila anak-anak berada di hospital saya rasa tenang sikit. Layanan yang diberikan juga sangat bagus. Saya enggan susahkan produksi, jadi memang tidak ambil cuti penggambaran. Di hospital juga ada keluarga lain yang turut bantu menjaga," ujarnya.

Dalam pada itu, Sarah enggan memberi sebarang ulasan mengenai berita yang mengaitkan suaminya, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof selepas bertebaran gosip konon Syamsul dikatakan mahu mengahwini Ira Kazar dalam waktu..

Untuk makluman, Sarah berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: