Nama Wak Doyok dan Fizo Omar ketika ini hangat diperkatakan selepas baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan tindakan kedua selebriti itu sehingga sanggup mengambil kerja mempromosikan forex trading apabila dilantik menjadi duta OctaFX.
Malah, pengguna itu turut mempertikaikan bayaran yang diterima serta bertanyakan adakah mereka sudah terlalu terdesak hingga mengambil kerja iklan berkenaan. Katanya lagi wang yang diperoleh melalui promosi tersebut juga adalah daripada sumber yang haram serta meminta supaya bertaqwa kepada Allah.
Perkongsian pengguna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut kurang senang melihat iklan mereka yang sering muncul di saluran YouTube.
Untuk makluman, pelaburan tukaran mata wang asing atau forex disahkan haram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba. Bagaimanapun, masih ada dikalangan mereka yang beragama Islam terlibat dalam dunia Forex.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment