17 June 2022

AKUI TAK MUDAH URUS TIGA ORANG ANAK - JAMAL ABDILLAH BERHASRAT TAMBAH LAGI DUA



"Memang seksa, betapa susahnya isteri menjaga. Sudah tiga orang, saya bantulah tapi tak terbantu. Sewaktu nak susukan, tiga-tiganya menangis. Jadi isteri menyusukan badan, saya pula kena buat susu botol. Itupun nak lagi satu. Saya okey saja. Sasaran saya pun lima anak dengannya.


"Ada cari pembantu rumah tapi sudah empat pembantu rumah hilang dalam masa setahun. Saya pun tak sanggup tengok. Walaupun kami 'stress' (tertekan), seronoklah juga, ada 'life' itu.

"Hilang penat bila tengok mereka ketawa, menyanyi atau buat apa-apa saja, memang seronok," itulah kata penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, dimana beliau berhasrat menambah anak bersama isterinya, Zai Izzati Khiruddin, 27, walaupun mereka sudah memiliki tiga anak kecil.

Klik untuk gambar besar



Akui Jamal, bukan mudah untuk menguruskan tiga anak mereka iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang berusia dua bulan serentak, namun dia seronok melayan mereka.

Menurut Jamal, mereka ada mengambil pembantu rumah sebelum ini bagi membantu uruskan anak-anak, namun hilang dalam masa setahun.

Untuk makluman, Jamal dan Zai berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Jamal juga memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: