17 June 2022

KELUARGA KAZAR - IBU BERI PERINGATAN JANGAN UGUT SYAMSUL YUSOF DENGAN VIDEO PALSU



"Spekulasi belum sahih, jangan diwar-warkan. Syamsul diam kerana tidak mahu memburukkan keadaan. Saya nak beritahu keluarga Kazar, jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu. Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya," tutur ibu kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail berhubung isu anaknya yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.


Baru-baru ini, timbul desas desus mengatakan Syamsul bakal berkahwin lagi dalam masa terdekat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

Menurut Fatimah mengenai isu ini, dia meminta agar perkara itu tidak terus diperkatakan kerana ianya belum sahih. Katanya lagi, Syamsul memilih untuk berdiam diri sejak kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk

Dalam pada itu, Fatimah turut memberi peringatan kepada keluarga Ira Kazar supaya berhenti mengugut anaknya kerana Syamsul dan menantunya, Puteri Sarah saling menyayangi.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, 68, mengakui terkejut dengan berita itu serta berharap ianya tidak menjadi kenyataan. Yusof enggan masuk campur berhubung desas-desus anaknya apabila didakwa bakal berkahwin dalam masa terdekat ini.

Dalam masa sama, Yusof juga enggan mengulas sama ada beliau merestui atau tidak sekiranya perkahwinan itu berlaku kerana enggan mengeruhkan keadaan.

"Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya," ujarnya.


Syamsul yang juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bagaimanapun dilihat tidak hadir dalam majlis pratonton filem berkenaan ketika bapanya ditemui media.

Menurut Yusof, Syamsul yang harus menyelesaikan masalah dihadapinya tanpa perlu membabitkan semua pihak untuk bersemuka. Yusof juga berharap anak sulungnya itu kuatkan hati berdepan serta menangani kontroversi terbaru itu kerana isu peribadi masalah biasa untuk selebriti.

"Soal ini Syamsul yang perlu jawab dan tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana. Saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah," kata Yusof.

Kontroversi berkenaan Syamsul tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon veteran. Walaupun tidak menyatakan nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: