17 June 2022

RAGU KEWUJUDAN DR AZRA, BIMBANG AZRI KENA 'LOVE SCAM' - ELLIE SURIATY CABAR WANITA ITU MUNCULKAN DIRI



"Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri. Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya?


"Adakah dia scammer atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok," ujar pelakon dan pengarah Ellie Suriaty yang memohon wanita bernama Dr Azra untuk munculkan diri, selepas dia meragui kewujudannya yang dikatakan kekasih kepada bekas suaminya Azri Iskandar.

Menurut Ellie, 52, sehingga kini identiti sebenar wanita itu masih belum dikenalpasti dan tidak menjumpai sebarang maklumat terperinci menerusi carian di internet. Tidak menghalang bekas suaminya berkahwin lagi, namun Ellie bimbang ia sekadar permainan.

Klik untuk gambar besar



Simpati dengan nasib yang menimpa Azri, Ellie berharap mana-mana wanita yang mahu berkahwin dengan bekas suaminya itu supaya bersikap jujur.

"Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapkan selamat untuknya. Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia. Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama," katanya.

Terdahulu, Azri, 54, mendedahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan perkenalan mereka bermula selepas 12 hari berpisah dengan Ellie pada 17 Mei lalu. Dalam masa sama, muncul pula wanita yang mahu dikenali dengan gelaran F mendakwa Azri pernah mengajak dia berkahwin.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: