03 June 2022

JASMIN HAMID: "LEBIH BAIK ANDA TIKAM SAJA SAYA DARIPADA FITNAH BEGINI" - SUAMI: "MOHON HENTIKAN KOMEN SEBEGINI (LUCAH)"



Pelakon Jasmin Hamid, 48, yang kini masih lagi menerima rawatan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, di sini, selepas mengalami serangan jantung pada Selasa lalu, tampil menepis dakwaan netizen yang menulis komen keterlaluan mengaitkan hubungan seksual dia dan suaminya, Nazmir Abdul Rahman, 35, sebagai punca dia diserang penyakit jantung.


"Hentikanlah fitnah terhadap saya dan suami. Lebih baik anda tikam saja saya daripada fitnah sebegini. Selama ini saya tidak pernah peduli dengan komen sebegini. Namun, saya perlu bersuara kerana kasihan akan suami saya," ulas Jasmin menerusi aplikasi TikTok.

Sementara itu, suami Jasmin merayu netizen berhenti menulis komen berbaur lucah dan menghormati keadaan isterinya yang masih bertarung nyawa. Dalam pada itu, Nazmir juga mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesembuhan isterinya.

"Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri yang masih lagi di CCU kerana serangan jantung. Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya. Kalau tak suka kami, abaikan kami.

Klik untuk gambar besar



"Pada yang tak putus panjatkan doa kepada Jasmin, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan kembalikan doa-doa baik untuk kalian. Kepada yang berkata guna emosi saya serahkan kepada Allah," tulis Nazmir di Facebook peribadi isterinya pada malam Khamis.

Dalam pada itu, bercakap mengenai keadaannya, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid berkata, dia tidak sangka terkena serangan jantung kerana mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

"Dada terasa berat seperti dihempap batu, kalau lambat ke hospital saya mungkin terkena serangan strok. Selepas berjumpa Datuk Eizlan Yusof, saya sedang mengemas di dapur. Kemudian saya mula rasa kurang selesa seperti hendak pitam, yang mana tangan, muka dan rahang terasa kebas. Manakala kepala dan perut saya juga terasa sakit.

"Saya terus masuk ke dalam bilik kerana suami dan anak sudah tidur. Takut apa-apa terjadi saya berseorangan di ruang tamu. Peluh dingin sudah membasahi seluruh tubuh. Kemudian saya cuba tidur namun tidak mahu lelap. Saya makan ubat kerana mula rasa sakit-sakit badan kerana sebelum ini saya terkena 'diarrhea'. Rupanya saya terlupa, arwah mak saya dulu dia sakit perut. Rupanya itu adalah tanda-tanda sebelum terkena serangan jantung," kata Jasmin.


Perkongsian Jasmin di TikTok sekitar jam 2.30 pagi itu tergendala apabila dua rakannya terkeluar daripada siaran langsung berkenaan. Kebanyakan peminat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan pelakon itu.

"Saya tidak suka tinggal di hospital, terima kasih semua kerana mendoakan kesihatan saya kembali pulih. Suami hanya boleh berada di sisi ketika waktu melawat saja. Saya berlapang dada dan menganggap ini adalah ujian daripada Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh dan boleh keluar hospital secepat mungkin," ujar Jasmin.

Terdahulu, berita itu Jasmin menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram Jasmin, memohon orang ramai dan pengikut pelakon itu sama-sama mendoakan kesihatannya kembali pulih.

Untuk makluman, Jasmin dan Nazmir yang juga pembantu peribadinya melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada 19 November tahun lalu selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: