03 June 2022

"WE ARE NOT HAPPY IN A RELATIONSHIP" - SHILA AMZAH TOLAK UNTUK KEMBALI BERCINTA DENGAN SHARNAAZ



"Saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in a relationship. Saya tidak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best. Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia. Cuma saya rasa tak selesa nak bekerjasama, saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu.


"Semoga netizen doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing," demikian ujar penyanyi Shila Amzah yang menolak untuk kembali bercinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad seperti dulu, selain meminta peminat mendoakan yang baik-baik untuk kebahagiaan masing-masing.

Meskipun begitu, Shila, 32, berkata hubungannya dengan Sharnaaz masih baik namun hanya sebagai kawan. Shila yang sudah empat bulan membawa status ibu tunggal itu menerima gurauan dengan hati terbuka apabila sering menerima usikan peminat yang mendoakan agar dia kembali menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas kekasihnya itu.

Berkongsi tentang kehidupannya sebagai ibu tunggal, Shila berkata, ia bukan satu fasa yang mudah untuk dilaluinya namun menganggap ia bukan pengakhiran buat dirinya.

Klik untuk gambar besar



Ketika ditanya soal jodoh dan keinginan untuk berumah tangga kembali, Shila memberitahu dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berkahwin semula sekiranya sudah ditakdirkan.

"Saya tak nafikan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal ni bukan satu perkara yang mudah. Ramai ibu tunggal di luar sana berkongsi inspirasi untuk kekal kuat dan tabah dan saya yakin ini bukan titik pengakhiran. Saya rasa ini fasa yang terindah untuk hidup saya.

"Saya tak pernah tutup saya punya hati atau dah tak nak ada relationship. Saya rasa itu terlalu negatif. Seandainya ada jodoh yang baik untuk saya, boleh menerima baik saya dan anak saya hati saya terbuka untuk memulakan kehidupan yang baharu. Tapi of course bukan dalam masa terdekat ni," jelasnya.

Untuk makluman, Shila Amzah bercerai dengan Haris Idraki Elias pada Februari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: