03 June 2022

DA'I SYED: "SAYA DAH LALUI WAKTU YANG SUKAR & KETIKA ITU SAYA DAPAT LIHAT SIAPA KAWAN SEBENAR"



Nampaknya pendakwah selebriti Da'i Syed akhirnya dapat tidur dengan lena apabila dilepas dan dibebaskan (DNA) dari dua pertuduhan jenayah seksual, selepas dua tahun turun naik mahkamah.


Menganggap dirinya diuji, Da'i Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, turut memberitahu dia sudah pun memaafkan semua pihak yang melemparkan tohmahan kepadanya.

"Alhamdulillah, yang paling penting saya rasa bersyukur... keluarga pun turut berasa lega. Akhirnya saya dapat tidur dengan lena. Sepanjang tempoh perbicaraan, saya tak pernah nak beri komen apa-apa sebab serahkan semuanya kepada mahkamah. Alhamdulillah, mahkamah sudah pun berikan keputusan.

"Bagi saya, Allah dah beri saya ujian dan saya dilepaskan. Saya pun sudah maafkan semua orang yang pernah lemparkan tomohan dan cacian kepada saya dan keluarga," tuturnya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Da'i Syed memberitahu banyak pengajaran dan hikmah di sebalik apa yang berlaku antaranya dia mengenali erti persahabatan dan menghargai masa.

"Banyak pengajaran dan hikmah yang saya dapat di sebalik apa yang berlaku. Saya mengenal erti persahabatan. Saya lalui waktu yang sukar dan ketika itu saya dapat lihat siapa kawan sebenar.

"Masa saya tengah down... jatuh, siapa yang sudi sambut tangan saya. Tapi ada juga kawan yang menambah garam dalam luka. Selain itu, saya juga belajar erti menghargai masa. Sekarang ini, saya lebih meluangkan masa bersama keluarga dan diri sendiri," ujarnya.


Pada Selasa, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memutuskan bahawa Da'i Syed dilepas dan dibebaskan (DNA) atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Da'i Syed, 27, agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu.

Peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, pengadu dilihat tidak lagi berminat meneruskan kes tersebut apabila memberi alasan mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan. Untuk makluman, Da'i Syed berdepan dengan dua pertuduhan itu sejak Oktober 2020.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: