20 June 2022

"KALAU WUJUD.. KENAPA KETIKA DIHUBUNGI, DR AZRA CUBA MENGELAK... KENAPA MALUKAN AZRI" - ELLIE SURIATY



"Hidup ini datang dengan ujian, tetapi, saya tidak menghukum Azri. Saya sudah 'move on', menghalalkan dan mengikhlaskan semua perkara yang terjadi. Jadi, saya harap tiada sesiapapun menghukumnya. Kalau Azri mahu bernikah, teruskanlah.


"Saya mendoakan semoga semuanya berjalan lancar, cuma, saya harap wanita yang akan hidup bersamanya betul-betul ikhlas. Pesan saya, jangan sorokkan diri kerana menyorok adalah kerja orang pengecut.

"Jangan mempermainkan hidup orang dan berhenti memalukan Azri," itulah kata pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar yang simpati dengan nasib menimpa bekas suaminya, pelakon Azri Iskandar, selain mohon masyarakat tidak menganggap kemelut berlaku sebagai pembalasan Tuhan kerana menganiaya hidupnya.

Meskipun antara mereka sudah tiada sebarang ikatan, namun Ellie berkata, dia tidak sampai hati melihat Azri terus dikecam oleh netizen yang tidak tahu cerita sebenar.

Klik untuk gambar besar



Pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem 'Spinning Gasing' itu turut menggesa wanita bernama Dr Azra yang didakwa kekasih Azri tampil memperkenalkan diri.

"Ini kerana, katanya, hingga kini, kewujudan Dr Azra disifatkan sebagai misteri. Perasaan ragu Ellie mengenai kewujudan wanita itu timbul apabila Dr Azra sering berterusan melindungi identitinya.

"Saya sudah 22 tahun bersama Azri. Saya tak pernah berdendam dengannya dengan apa yang berlaku. Saya tersiksa tengok Azri dalam keadaan sedemikian. Jadi kepada Dr Azra, sila memperkenalkan diri.


"Saya bangkitkan isu ini kerana ada kaitan dengan perasaan anak-anak. Rakan juga sudah membuat pencarian dalam internet, namun, tidak menemui sebarang maklumat mengenai Dr Azra. Ini menimbulkan misteri pada saya. Adakah Dr Azra cuba memperdaya ataupun seorang peminat? Kalau betul menyintai Azri, jangan sembunyikan diri.

"Kalau benar-benar wujud, kenapa ketika dihubungi program Melodi, Dr Azra cuba mengelak. Kenapa malukan Azri. Dia kena bersikap jujur dan jangan mempermainkan hidup orang.

"Anak-anak saya sangat beradab, bijak dan rasional. Tetapi, bila ada yang cuba nak rampas kasih sayang Azri sepenuhnya tanpa kenal wanita yang bakal dikahwini bapanya, tentunya perkara ini membimbangkan mereka," ungkapnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: