20 June 2022

FIZI ALI: "STATUS TU LEBIH KEPADA LUAHAN PERASAAN... LELAKI TAKKAN MENGAMUK TIBA-TIBA TAU"



"Perkara ini saya tidak mahu komen banyak, nanti takut ada pihak yang terkecil hati atau sebagainya. Status tu lebih kepada luahan perasaan sebenarnya, mungkin ada yang terlebih di situ bagi tatapan umum.


"Untuk perkara selebihnya saya tidak boleh komen secara lebih lanjut. Kalau nak tahu lebih lanjut tanya belah sana. Lelaki takkan mengamuk secara tiba-tiba tau, lagi-lagi di media sosial.

"Buat apa nak mengamuk kat sana kan?" itulah ujar penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali yang memilih untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkongsiannya yang sebelum ini menarik perhatian ramai.

Klik untuk gambar besar



Fizi sebelum ini memuat naik status dimana dia hilang sabar dengan bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri. Menerusi laporan mStar, Fizi berkata adalah lebih baik jika punca dan sebab dia berkongsi status berkenaan ditanyakan sendiri kepada Shakilla.

Untuk makluman, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Soa yang kini berusia tiga tahun.

Pada Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir namun tidak pernah menjelaskan punca perpisahan. Bagaimanapun selepas berpisah kedua-dua mengekalkan hubungan baik demi anak mereka.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: