20 June 2022

"ARWAH MEMANG DAH AMANAHKAN SAYA UNTUK JAGA KUCINGNYA" - PENGURUS ADIBAH NOOR



"Saya terima banyak mesej cakap nak minta bela kucing-kucing arwah. Malah ada pihak tawar diri nak jaga kucing arwah la. Kucing-kucing masih di rumah arwah kak Dib. Arwah memang dah amanahkan saya untuk menjaga kucingnya. Arwah kata bila dia tak ada, tolong jaga kucing dia. Ikutkan masa dia masih ada pun, saya jaga juga.


"Jadi, memang tak pernah berniat pun nak bagi kucing-kucing arwah kepada orang lain. Saya dan kakak arwah yang akan jaga semuanya," demikian jelas pengurus Allahyarham Adibah Noor yang mahu dikenali sebagai Todd yang tampil menjawab persoalan siapakah yang akan menjaga kucing peliharan arwah.

Keprihatinan netizen terhadap nasib 24 ekor kucing milik Allahyarham Adibah Noor akhirnya ternokhtah apabila kucing itu bakal diperlihara oleh pengurus arwah sendiri.

Todd berkata, dia banyak menerima mesej dan pertanyaan orang ramai yang menawarkan diri untuk menjaga kucing-kucing tersebut. Menurut Todd, dia memegang amanah Adibah yang mesra disapa kak Dib agar memintanya untuk menjaga kesemua kucing tersebut selepas Allahyarham tiada.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Todd memberitahu Adibah sudah menjaga kucing-kucing tersebut sejak haiwan itu kecil dan membelanjakan hampir RM3,000 setiap bulan bagi urusan membeli makanan dan berkaitan dengannya.

"Kak Dib memang jaga kucing-kucingnya sejak mereka kecil lagi. Semua kucing itu orang bagi dan ada yang datang sendiri. Tapi tak ada pun penambahan kucing baru.

"Kucing jadi banyak sebab beranak-pinak... itu yang bertambah. Kesemuanya ada 24 ekor dan selalunya arwah akan membelanjakan wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan kucing. Arwah memang seorang yang tidak pernah berkira bila melibatkan kucing-kucingnya," ujarnya.

Pada Sabtu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita permegian penyanyi Adibah Noor yang meninggal dunia pada pukul 7.40 malam selepas alami sesak nafas. Allahyarham juga menghidap kanser ovari. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, pada Ahad.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: