20 June 2022

AZRI ISKANDAR PANGGIL 'BABY', KEKASIH LETAK 'CALL' KETIKA INTERVIEW 'LIVE' - NETIZEN PELIK, KATA SAH 'FAKE ACCOUNT'?



"Assalamualaikum, baby. 'Live' (secara langsung) ni tau, nak rakam. Boleh tak you cakap sekejap apa yang ditanya. Abang ingat Azra masih 'break', 'lunch' (rehat makan tengah hari). Terima kasih, baby. Nanti abang cerita ya. Jaga diri. Sayang awak," kata pelakon Azri Iskandar ketika membuat panggilan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Azra.


Dalam potongan video itu, Azri menjawab pertanyaan dan cuba membuktikan bahawa Azra adalah individu yang benar-benar wujud dan bukan palsu atau gimik semata-mata.

Azra yang pada awalnya menjawab panggilan Azri kemudiannya memaklumkan bahawa dia sedang menjalani penggambaran: "I tengah shooting," tuturnya.

Azri kemudiannya meneruskan perbualan dengan Azra yang dipanggil dengan panggilan 'baby'. Panggilan telefon antara Azri dengan kekasihnya disifatkan sebagai 'sweet' oleh netizen apabila potongan video dari program Melodi itu dikongsikan di TikTok.

Klik untuk gambar besar



Namun begitu, ada juga netizen keliru apabila kekasih Azri itu seperti enggan bercakap malah segera meletakkan telefon setelah mengetahui percakapan tersebut dirakam.

Terkejut dengan keadaan itu, Azri memohon maaf dan memberi alasan Azra sedang sibuk 'shooting'. Dalam pada itu, dia yang ditemui wartawan Melodi berjanji akan berkongsi dengan lebih lagi mengenai Azra setelah dia berjumpa dengan keluarga bakal isterinya itu di Perlis kelak.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen merasakan Azri Iskandar seolah-olah 'ditipu' dan buta kerana cinta kerana identiti wanita berkenaan seperti terlalu ‘shady’ dan tidak dapat dipastikan wujud atau tidak.


"Pelik kalau tengah shooting takkan tak ada siapa yang kenal dr Azra ni. Lagi pelik terus letak phone," ujar netizen.

Terdahulu, Ellie mengakui dia rela melepaskan Azri dan gembira jika bekas suaminya itu menemui cinta baharu namun meminta Dr Azra untuk tampil ke hadapan jika benar dirinya wujud.

Menurut Ellie, tiada carian yang menemukan dia dengan wanita itu setelah diselidik oleh rakan-rakannya di internet, malah akaun Facebook milik Dr Azra juga kelihatan palsu seperti yang didakwa oleh netizen.

Azri sebelum ini mendedahkan dia bakal berkahwin dengan Azra yang dikenalinya 12 hari selepas berpisah dengan Ellie pada 17 Mei lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: