20 June 2022

SEBAIK DIBEBASKAN - SHARNAAZ TERUS JUMPA ANAK, LUAH RASA RINDU



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Sharnaaz Ahmad telah memuat naik satu video dimana dia terus berjumpa dengan anaknya, Jebat Jayden, selepas dibebaskan dengan jaminan polis jam 12 tengah hari tadi atas dakwaan memukul seorang penghuni komdominum.


Dalam entri berkenaan, Sharnaaz memaklumkan dia dalam keadaan baik-baik sahaja, selain melahkan rasa rindu pada anaknya: "I'm ok InsyaAllah.. Baba loves you so much!" tulisnya.

Sharnaaz ketika ditanya mengenainya berkata dia sangat rindukan anaknya itu serta mengatakan kebenaran akan terjawab.

"Nak jumpa anak saya dulu. Rindu yang tiada penghujungnya. Tak apa, ini dugaan untuk saya tapi kebenaran akan terjawab. Insya-Allah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan netizen mendoakan agar urusan pelakon itu dipermudahkan serta berharap Sharnaaz terus kuat menghadapi dugaan.

Terdahulu, Sharnaaz mengakui panas baran adalah sinonim dengannya namun apa yang dilakukannya itu adalah perlu serta meminta menunggu cerita sebenar daripadanya.

Malah, Sharnaaz berkata dia akan membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah serta berharap tiada pihak cuba membuat spekulasi mengenai kes itu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: