20 June 2022

SIFAT ADIBAH NOOR RAHSIAKAN SAKITNYA BUAT USTAZ KAZIM MALU: "RASA SATU TAMPARAN BUAT SAYA"



Ramai yang meluahkan rasa terkejut dengn kematian Allahyarham Adibah Noor pada Sabtu lalu. Ini kerana ramai yang tidak tahu arwah sebenarnya menghidap kanser ovari, termasuklah ahli keluarganya sendiri.


Kematian Allahyarham Adibah Noor turut memberi kesan kepada ramai orang terutama teman-teman rapat yang sudah lama mengetahui sakit dihidapinya.

Sifat Allahyarham Adibah Noor yang merahsiakan sakitnya itu turut menyentuh hati pendakwah selebriti, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias yang akui berasa malu atas kesabaran artis itu.

"Kita kenal Adibah Noor seorang yang sihat selama ini apabila melihat di kaca televisyen. Tiba-tiba sahaja dia menjadi kurus sebelum meninggal dunia.

Klik untuk gambar besar



"Rasa satu tamparan buat saya. Saya malu dengan Allah dan dengan arwah sebab dia sakit tidak ada seorang pun yang tahu. Jika ada pun (orang tahu) arwah minta supaya tidak ceritakan kepada orang lain.

"Berbeza dengan saya... satu dunia tahu saya sakit. Saya belum jatuh tahap orang yang sabar seperti Adibah. Dia senyap dan tutup mulut. Dia merahsiakan tahap kesihatannya selama ini," kata beliau dalam satu sesi perkongsian di laman sosial.

Ustaz Kazim melihat tindakan arwah Adibah merahsiakan tentang sakitnya itu sebagai satu pengajaran buat semua pihak untuk lebih bersikap sabar, sesuatu perkara yang dituntut dalam Islam.


Dalam masa sama, Ustaz Kazim juga mengulas sakit yang dialaminya selama ini sebagai satu ujian buat dirinya apabila ia menjadi bualan ramai.

"Ini satu pengajaran buat saya supaya menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Jika arwah boleh buat begitu kenapa kita tidak?

"Saya tak mahu cerita sakit saya menjadi viral, tetapi apa boleh buat. Tidak salah untuk memberitahu tentang sakit yang dialami kepada teman rapat dan orang yang boleh membantu. Ini satu ujian buat saya," ujarnya.

Ustaz Kazim sebelum ini pernah berkongsi cerita beliau mengalami sakit misteri sejak 1997 dan tidak pernah mengetahui puncanya meskipun sudah mendapat pelbagai jenis rawatan. Akibat perbuatan sihir itu, Kazim sering mengalami luka-luka pada beberapa bahagian tubuhnya seperti muka dan kaki.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: