20 June 2022

"SAYA CUMA DOAKAN MUDAH-MUDAHAN SARAH KUATKAN SEMANGAT YA..." - YUSOF HASLAM SEBAK TITIP PESANAN



"Sebagai seorang ayah kita mesti terasa, sebagai orang tua saya mendoakan anak-anak saya dilindungi Allah, buatlah sesuatu pilihan bukan silaplah. Saya tak boleh cakap berita benar, saya pun baca dekat media sosial sahaja. Saya harap benda tu tidak menjadi kenyataan. Saya dan Datin sayangkan rumah tangga anak saya, menantu saya, besan saya.


"Kita sebagai orang tua hanya boleh memberikan nasihat, mendoakan yang terbaik. Itu sahaja. Sebab saya tak boleh bagi komen menyebelahi menantu saya, anak saya. Saya kena tengah-tengah. Dua-dua kita sayang," ujar pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam ketika diminta mengulas mengenai isu rumah tangga anak menantunya.

Sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan mengenai mengenai kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah yang mendedahkan diganggu pihak ketiga. Terbaru, timbul desas desus mengatakan Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dalam masa tedekat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



Ditanya mengenai desas desus anaknya bakal berkahwin lagi, beliau tidak boleh mengulas mengenai berita itu apatah lagi ianya disensasikan di media sosial. Dalam pada itu, beliau menjelaskan hubungannya dengan Syamsul masih baik namun enggan mengulas lanjut mengenai kelemut rumah tangga anak menantunya.

Dalam masa sama, Yusof menerusi temubual bersama Melodi, turut menitipkan pesanan buat menantunya, Puteri Sarah agar terus kuat dalam mempertahankan rumah tangga.

"Saya cuma doakan mudah-mudahan Sarah kuatkan semangat ya, kalau boleh pertahankan rumah tanggalah. Semoga Sarah terus tabah, istiqamah dan hadapi dengan tenang. Walaupun saya tahu bercakap memang mudah, menanggungnya di bahunya sendiri. Saya harapkan yang terbaik untuk Sarah, menantu saya," titipnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: