20 June 2022

SHARNAAZ: "SAYA TIDAK BODOH... BUAT SPEKULASI KATA SAYA PANAS BARAN, TUNGGU CERITA SEBENARNYA"



"Panas baran sudah sinonim, tetapi sebenarnya tiada unsur panas baran. Saya buat apa yang dirasakan perlu. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan daripada saya. Jangan mudah menilai dari sebelah pihak sahaja.


"Sekarang ini saya sudah selesai siasatan polis. Apa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini tidak benar. Saya akan buat penjelasan dalam masa terdekat. Belum tahu lagi bila pendakwaan akan dilakukan.

"Saya tidak boleh bercakap banyak. Pihak polis telah menjalankan tugas dengan baik," itulah kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang akhirnya dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas tiga hari ditahan reman atas dakwaan memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium pada Khamis lalu.

Sharnaaz mengakui panas baran adalah sinonim dengannya namun apa yang dilakukannya itu adalah perlu serta meminta menunggu cerita sebenar daripadanya.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenarnya. Apa yang saya boleh katakan di sini, tiada unsur panas baran yang berlaku. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu.

"Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya. Jangan hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis. Saya juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat," ujarnya.

Dalam pada itu, sepanjang tiga hari ditahan, bapa kepada seorang cahaya mata ini berkata, banyak perkara dipelajarinya serta dia akan membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.


"Selama tiga hari ini lebih kepada membantu siasatan. Tiada yang teruk, malah banyak pengajaran yang saya belajar. Jangan risau saya okay dan pihak polis juga memberikan layanan yang baik.

"Saya yakin saya tidak bersalah. Insya-Allah saya akan buktikan kepada semua ada kebaikan yang saya buat dalam kes ini yang orang tak tahu dan tidak diceritakan. Saya akan ceritakan nanti di mahkamah. Saya harap tiada pihak cuba buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjenayah," tuturnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan siasatan terhadap Sharnaaz selesai dilakukan dan pelakon tersebut dibebaskan dengan ikat jamin pada Isnin. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: