20 June 2022

"RASA TERKEJUT... TERUS MENGALIR MATA" - JEFRI EL'MANSOR DEDAH ALLAHYARHAM ADIBAH NOOR BANYAK 'TOP UP' DUIT



"Terima kasih kak Dib sebab dulu pernah membantu 'family' kami," demikianlah tulis pengguna akaun Twitter Jefri El'Mansor, 33, yang berkongsi ciapan dan paparan skrin Allahyarham penyanyi dan pelakon Adibah Noor ada membantu keluarganya dari segi kewangan pada Julai tahun lalu.


Perkongsian tersebut dibuat selepas mendapat tahu berita kematian Adibah. Ciapan itu mendapat lebih 6,400 ulang kicau, lebih 16,000 tanda suka dan lebih 150 komen.

Satu-persatu kebaikan yang dibuat Allahyarham semasa hayatnya dikongsikan keluarga, rakan selebriti dan orang ramai.

Terbaharu, ciapan daripada pengguna akaun Twitter Jefri El'Mansor @jepppppppppp_ yang berkongsi penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' itu pernah membantu keluarganya dari segi kewangan tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



"Sorry anakku, ayah terpaksa pakai duit raya kamu untuk beli susu dan lampin," ciap pengguna itu.

Ciapan itu mendapat perhatian Adibah dengan membalas secara 'private'.

"Salam. Izinkan saya bantu 'top-up' balik duit raya anak encik. Please let me know how much and your account number. Jangan segan k," balas Adibah.



Jefri ketika dihubungi berkata, dia terkejut apabila mendapat DM daripada arwah Adibah Noor.

"Saya balas macam biasa saja mesej peribadi (DM) Kak Dib (Allahyarham Adibah Noor). Tapi saya tidak boleh beritahu jumlah yang Kak Dib berikan. Bagi saya agak besar nilainya.

"Terkejutlah juga sebab kami tak saling mengikuti di Twitter pun. Saya buat ciapan itu ketika musim pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya memang 'jobless (tiada pekerjaan) masa tu sebab saya kerja dalam bidang perkahwinan.



"Saya Tweet pada 25 Julai tahun lalu, arwah DM keesokan harinya. Arwah juga beritahu tak boleh nak bantu hari ini sebab sudah buat pemindahan maksimum. Ini bermakna arwah sudah bantu orang lain dulu sebelum kami," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Menurut Jefri, dia menangis apabila membaca perkhabaran Adibah Noor sudah meninggal dunia kelmarin. Jefri yang juga bapa kepada seorang cahaya mata lelaki berusia setahun enam bulan bersyukur apabila kerjayanya kini semakin stabil.

"Pada mulanya kawan yang beritahu. Terus rasa terkejut, macam betulkah? Apabila saya buka Twitter, ya betul dah meninggal. Masa tu terus mengalir air mata. Saya cakap kepada isteri dan kami bersedih atas kehilangan arwah," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: