20 June 2022

KES TUMBUK, TENDANG 'GUARD' - PELAKON LELAKI 30-AN AKAN DIBEBASKAN HARI INI



Dengan jaminan polis, pelakon lelaki yang direman tiga hari semalam selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut kelmarin, akan dibebaskan hari ini.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini.

"Lelaki terbabit akan diberi jamin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul esok. Siasatan juga sudah lengkap," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian pada jam 8.30 malam, Khamis lalu, suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang pengawal keselamatan.

Kejadian berlaku apabila suspek meminta rakannya membeli minyak masak. Ketika rakan suspek hendak menghantar minyak masak kepadanya, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakannya itu masuk.

Berlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan di situ. Suspek kemudian turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah terus menumbuk dan menendang muka, dada dan perut mangsa.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: