03 June 2022

KONGSI GAMBAR PAKAI COLI - NETIZEN TEGUR SARAH HILDEBRAND



Nama Sarah Hildebrand tetap menjadi perhatian ramai, meskipun sudah mengumumkan mengenai pengunduran daripada dunia seni selepas tujuh tahun bergelar pelakon.


Ini kerana Sarah sering saja terpalit dengan kontroversi dan baru-baru ini, perkongsian bekas pelakon itu mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya memakai pakaian dalam dan seluar pendek di hadapan cermin.

Seperti sudah dijangka, foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang hilang kata-kata apatah lagi sebelum ini Sarah membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung, namun kini terdedah.

Klik untuk gambar besar



Malah, ada yang bertanyakan bahawa pelakon itu hanya berhijrah keluar negara bukan menukar agama. Komen netizen itu dibalas oleh Sarah bahawa dia tidak keluar dari agama Islam. Dalam pada itu, di ruangan komen ada segelintir netizen mendoakan yang baik-baik sahaja buat Sarah.

Terdahulu, Sarah meluahkan rasa kesal apabila ada netizen yang memanggilnya 'perempuan sundal' kerana berkahwin dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: