14 June 2022

KOSONGKAN RUMAH RM1.2 JUTA UNTUK PEMILIK BARU - SHUK UCAP 'BYE BYE'



"InsyaAllah ada yang lebih baik. Selamat tinggal Fareea (nama perumahan tersebut)," itulah tulis pelawak Shuk Sahar pada sebuah video dirinya yang akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor yang sudah pun mempunyai pemilik baru.


Berapa bulan lalu, bekas pengacara 'I Can see You Voice Malaysia' dan penyampai radio Hot FM itu memaklumkan mahu mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Melihat pada video yang dikongsikan itu, turut memaparkan proses memindahkan barang rumah dari kediaman dua tingkat tersebut. Shuk turut menyertakan kapsyen mengatakan bahawa mungkin ada rezeki lebih baik di masa akan datang.

Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berterusan meninggalkan komen mengenai isu kecurangannya serta mengatakan ianya balasan kerana curang dengan isterinya. Bagaimanapun, ada segelintir netizen bersimpati dengan nasib pelawak itu serta berharap Shuk belajar di atas apa yang berlaku.

Klik untuk gambar besar



"Bila aniaya isteri, Allah tunjuk terus kifarahnya. Semoga dipermudahkan urusan." - "Cari semula mana kebahagian kamu. Perjuangkan demi anak dan masa depan. Orang ketiga itu hanya ujian diberikan oleh Allah." - "Bila buat tak fikir masa akan datang. Bila dah terjatuh baru nak menyesal," antara komen-komen netizen.

Dalam satu perkongsian di laman sosial miliknya sebelum ini, Shuk pernah mendedahkan dia berdepan dengan kesukaran akibat kontroversi curang terhadap isterinya. Gara-gara itu dia berhajat untuk menjual rumah tersebut yang ketika itu bernilai RM1.2 juta. Shuk berkata dia mahu menjual rumah berkenaan kerana perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Status rumah tangga Shuk dan dan isteri, Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas wanita itu mahu memfailkan perceraian pada November tahun lalu. Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: