26 June 2022

LEPAS BERLAKON - HUN HAQEEM MAHU MENYANYI PULA, INGIN KOLABORASI BERSAMA KAKAK



Cukup selesa dalam bidang lakonan dan ketika ini nama semakin memuncak naik dengan bakat lakonan yang dipamerkan sering mendapat pujian peminat, terkini Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 24 mahu beralih ke bidang nyanyian pula.


Hun memaklumkan niat untuk mengeluarkan single yang sudah lama dirancang tetapi baru kali ini dia memandang hal itu ke arah lebih serius. Disudut lain, Hun turut memasang hasrat sekiranya diberikan peluang untuk melakukan kolaborasi bersama kakaknya yang juga merupakan pemain gitar kumpulan ExposeBand iaitu Nureen Qistina.

"Saya sentiasa ada niat dan rancang untuk keluarkan lagu, tapi saya masih ada perasaan segan. Jika boleh dikongsikan, ada beberapa komposer yang pernah melamar saya seperti Audi Mok dan saya jugada menulis lagu sendiri.

"Saya memang teringin untuk ada lagu sendiri. Insya-Allah akan datang jika ada rezeki dan dipermudahkan. Saya sudah ada demo lagu sebenarnya, namun saya tetap memerlukan pendapat orang yang lebih professional untuk membantu saya menjayakan projek ni.

Klik untuk gambar besar



"Sebelum ni mungkin ada yang pernah tonton beberapa cover kami berdua. Untuk merealisasikan impian itu pada saya nak kata mudah tak mudah, nak kata susah tak susah juga. Saya tidak kisah jika saya keluar lagu seorang atau duet sebabnya tujuan saya tetap sama iaitu untuk hiburkan pendengar dan peminat saya," ujarnya.

Ditemui ketika majlis sambutan setahun Sooka, Sooka Dah Besar Sekarang dan majlis pelancaran siri original Sooka "Hantu Raya Pergi Perang", Hun turut bersedia menerima baik buruk pendapat netizen selepas ini sekiranya lagu terbarunya dilancarkan kelak.

"Saya dikenali sebagai pelakon, untuk tampil sebagai penyanyi sebenarnya agak menakutkan saya. Dulu mula-mula jadi pelakon pun saya tidak menyangka akan jadi pelakon dan dikenali, maka jika saya ingin jadi penyaryi mungkin saya akan buat perkara yang sama, just follow the flow.

"Berkenaan keceman netizen saya sudah bersedia sebabnya saya buat apa yang saya minat, saya rasa mereka pun tidak akan anggap saya sebagai penyanyi hebat dan mereka mesti faham," jelasnya lagi.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: