Bagi yang sering mengikuti media sosial pelakon Datin Lisa Surihani, pasti mengetahui isteri pelakon, penyanyi dan pengarah Yusry Abdul Halim itu sering mengikuti majlis ilmu agama bersama rakan selebriti lain.
Terbaru, Lisa ada memuat naik video menghadiri majlis ilmu dikendalikan oleh penceramah Ustaz Wadi Anuar di rumah Datuk Seri Nurhaliza. Menerusi video itu, Lisa dilihat tampil sopan memakai kaftan berwarna maroon bersama tudung labuh berwarna hitam.
Berkongsi hal tersebut menerusi laman Instagram, Lisa turut menyertakan kapsyen pada entri berkenaan dengan berkongsikan sebuah hadis.
Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji penghijrahan Lisa yang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah serta memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment