24 June 2022

MENANGIS KAK KM HADIAHKAN KERETA 'CASH' LEBIH RM100,000 - NORMAH DAMANHURI LUAH SYUKUR, TAK SANGKA



Perkongsian usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sering kali menerima kecaman dan baru-baru ini dia dihentam teruk selepas berkongsi video tepuk punggung.


Namun perkongsian Kak KM menerusi sebuah video kali ini nampaknya menerima pujian netizen apabila usahawan sensasi itu membuat kejutan kepada ibunya yang merupakan pelakon iaitu Normah Damanhuri.

Melihat pada video tersebut, Normah menangis sebak apabila Kak KM menghadiahkannya sebuah kereta jenis Honda yang dibeli secara tunai dengan harga lebih RM100,000. Normah yang pada mulanya mengadu wang simpanannya tidak mencukupi menangis apabila anaknya mengatakan akan membayar semuanya.

"Macam ini la, saya memang dah niat dah mak, kereta mak ini, saya hadiah untuk mak. Saya beli cash untuk mak. Ini ikhlas untuk mak, mak janganlah menangis. Apa la sangat, ini pun tak terbalas jasa mak," kata Kak KM.

Selepas mendengar kata-kata itu, Normah terus bangun dan menangis kerana terkejut dengan pemberian anaknya itu. Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Normah, 68, tidak henti melahirkan rasa syukur kerana tidak sangka menerima sebuah kereta daripada anaknya.

"Bersyukur sangat, mak tak sangka... mak ingat nak beli sendiri saja. Mana la tahu sayang (Kak KM) nak belikan kereta ini. Syukur sangat, Alhamdulillah. Nanti nak buat sujud syukur," ujarnya.

Rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya biarpun kadang-kala perkongsiannya di laman sosial mengundang kecaman.

"Walaupun dia begini, tapi aku suka dia hormat mak dia... dia ratukan mak dia." - "Tak suka perangai gedik Kak KM, tapi respek sangat bab menghargai mak... semoga sentiasa istiqamah macam ini selalu. " - "Patutlah rezeki Kak KM sentiasa murah rupanya dahulukan ibunya. Alhamdulillah rasa terharu, saya minat Kak KM," komen beberapa netizen.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: