25 June 2022

"MEREKA SEOLAH MAIN-MAINKAN KEWUJUDAN 'AIN..." - NEELOFA PERLUKAN SEDIKIT MASA DEDAH WAJAH ANAK



"Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan 'Ain. Bukan mereka sindir saya sebenarnya. Malah hal ini di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi saya mungkin boleh melangkaui takdir.


"Saya buat ini (belum dedah wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukan saya nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.

"Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya," itulah kata selebriti terkenal, Noor Neelofa.

Hampir lima bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak Neelofa, Muhammad Bilal. Bagaimanapun, Neelofa meminta sedikit waktu lagi untuk berkongsikan wajah anaknya. Sebagai ibu, Neelofa mahukan yang terbaik meskipun ada yang menjadikan isu penyakit 'Ain sebagai bahan gurauan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Neelofa turut berterima kasih kepada pihak atau selebriti yang bersetuju dengan tindakannya itu. Ujarnya lagi, apa yang dilakukannya itu juga adalah untuk menjaga kesihatan mental anak apabila semakin dewasa kelak.

"Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi yang mana dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.

"Apa yang dilakukan ini juga untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga," tuturnya.

Untuk makluman, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: