25 June 2022

"TAK SANGKA DIA (PEMBANTU RUMAH) NEKAD LARIKAN DIRI & TINGGALKAN DUA ANAK SAYA" - EZZATY ABDULLAH



Isteri kepada pelakon Azwan Kombos iaitu pelakon Ezzaty Abdullah, 32, tidak sangka pembantu rumahnya yang merupakan wanita warga Indonesia membuat cubaan melarikan diri dan didakwa ingin mengikut lelaki warga tempatan.


Menurut Ezzaty, lebih malang apabila pembantu rumah berusia 30 tahun itu melarikan diri dengan meninggalkan dua anak kecilnya masing-masing berusia empat tahun dan empat bulan.

"Saya dan suami baru sebulan ambil pembantu rumah ini. Bayar kepada agensi sudahlah mahal. Ambil pun sebab kebetulan kami terbabit dengan penggambaran. Jadi, nak kena tolong jaga anak dan bantu apa yang patut di rumah.

"Dari awal dia bekerja saya tak ambil telefon bimbit sebab bagi saya ia adalah keperluan masa kini. Lagipun dia ibu tunggal dan ada dua anak di kampung. Jadi, bolehlah dia berhubung dengan keluarganya di sana.

"Namun, dua hari lalu dia ada beritahu saya yang mana seorang lelaki ada menawarkannya kerja di restoran dengan gaji RM3,000. Saya cakap jangan cepat percaya takut nanti kena jual dan kerja yang bukan-bukan.

Klik untuk gambar besar



"Disebabkan bimbang dia terpengaruh dengan lelaki itu, saya ambil telefon miliknya. Tidak sangka pula, jam 10 pagi tadi saya tengok kamera litar tertutup (CCTV) di rumah dia nekad melarikan diri dan meninggalkan dua anak saya," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Kerana insiden terbabit, Ezzaty berkata, suaminya bergegas pulang ke rumah. Tambah Ezzaty, insiden terbabit adalah yang kedua dilalui selepas yang pertama beberapa bulan lalu juga membabitkan pembantu rumah warga Indonesia.

"Kebetulan di rumah ada kerja pengubahsuaian dapur, jadi saya minta pekerja kontraktor itu tengokkan sebentar anak saya sementara suami sampai ke rumah. Saya pula tak boleh nak pulang sebab hari ini ada banyak babak. Saya di lokasi pun jadi tak tentu arah sebab memikirkan anak. Serabut juga dibuatnya.

"Tapi pembantu itu dapat ditangkap tidak jauh dari kawasan perumahan dengan bantuan jiran yang prihatin. Malah mereka juga yang maklumkan perkara ini kepada saya. Sekarang dia sudah di rumah. Insya-Allah, esok saya akan pulangkan semula dia kepada agensi dan minta pengganti," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: