22 June 2022

PUTERI SARAH: "SAMPAI BILA NAK TERUS BERDIAM & BIARKAN MENTAL SAYA SAKIT"



"Selepas empat tahun benda ni berlaku terhadap saya, saya dah lalui banyak ujian dan kecaman. Saya memilih untuk berdiam diri. Tapi sampai bila saya nak terus berdiam dan biarkan mental saya sakit. Saya tak nak anak-anak saya nampak saya dalam keadaan macam tu nanti akan menjejaskan mereka.


"Kena ikhlas dengan apa berlaku, saya kena teruskan hidup macam biasa. Fokus kepada kerjaya dan anak-anak serta keluarga," itulah tutur pelakon Puteri Sarah Liyana yang tampil memberi respon berhubung isu rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof yang semakin panas dan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Sarah sebelum ini berkata, dia tahu ada spekulasi mengatakan Syamsul telah bertunang dan berkahwin dengan Ira Kazar namun dia memilih untuk tidak ambil pusing tentang perkara itu.

Selepas empat tahun berdiam berdepan ujian tersebut, Sarah berkata dia kini sudah ikhlas dengan apa yang berlaku dan berharap suaminya berlaku adil dan tidak lupakan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anaknya.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: