22 June 2022

ISU BERTUDUNG - MONA ALLEN TAK BERANI BERI KENYATAAN, MAHU PERBAIKI DIRI SEBELUM BERGELAR IBU



Menerusi perkongsian foto di laman Instagram, pelakon Mona Allen dilihat sering tampil bertudung dan ianya telah menarik perhatian netizen yang memuji imej baharunya itu. Rata-rata netizen juga mendoakan agar pelakon drama 'Hati Yang Dikhianati' itu terus istiqamah dengan memakai tudung sepenuhnya.


Tidak mahu membuat sebarang kenyataan berkaitan hal itu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memilih untuk membiarkan saja netizen membuat andaian sendiri mengenai imej bertudungnya itu. Tambah Mona, dia kini sedang memperbaiki diri memandangkan bakal menjadi ibu tidak lama lagi.

"Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang saya kongsikan itu... itulah. Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk.

"Saya takut kalau salah cakap, nanti jadi lain pula. Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Mona memberitahu dia dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September depan. Menurut isteri kepada aktor Pekin Ibrahim itu, dia bersyukur menerima banyak hadiah barang-barang keperluan bayi yang dianggap sebagai rezeki anaknya.

"Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah memasuki tujuh bulan... Insya-Allah saya dijangka bersalin September nanti. Sekarang saya masih di Johor, teman suami shooting.

"Insya-Allah nanti balik KL, saya dan suami akan cari lagi barang keperluan baby. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur ramai yang menghadiahkan barang baby. Saya anggap rezeki baby dapat macam-macam," tuturnya.

Untuk makluman, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 40, pada 7 Disember 2018.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: