09 November 2025

ISTERI NUBHAN DIDAKWA TAK JALANKAN TANGGUNGJAWAB - IBU MENTUA PULA DIDAKWA TUNTUT RM5 JUTA JIKA MAHU BERCERAI : "SEMUA HARTA NAK 50-50, STR£SLAH NUBHAN TU"



"Isteri dia (Nubhan) mas@lah, benda cerai ini dah banyak kali mereka bincang. Mak mentua Nubhan siap minta RM5 juta kalau nak cerai. Semua harta nak 50-50. Str£slah Nubhan tu."

Demikian dakwa seorang pengguna Thr£ads, dimana katanya, isu penceraian penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dikatakan telah berlarutan dan menjadi perbincangan berulang kali antara mereka.

Nampaknya kisah rumah tangga Nubhan terus menjadi perhatian ramai dan kali ini timbul pula dakwaan ibu mentuanya menuntut wang sebanyak RM5 juta sekiranya penyanyi itu mahu berpisah dengan isterinya.

Klik untuk gambar besar

Bukan itu sahaja, pengguna Thr£ads itu turut mendakwa kononnya isteri Nubhan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, selain menuduh bapa mentua bertindak menukar sekolah anak tanpa pengetahuan penyanyi berkenaan.

"Sibuk apa kak? Event sana sini? Pergi klinik seminggu sekali saja. Dapat gaji CEO (Ketua Pegawai Eksekutif). Nubhan bagi lagi dari company Nubhan pun tak cukup.
"Suap anak makan pun tak nak. Masak pun tak nak. Lepas tu bapa mentua pandai-pandai tukar sekolah anak tanpa pengetahuan bapa. Nubhan tu dah makan hati. Tu pasal dia buat macam tu," ujarnya.

Perkongsian semula yang dimuat seorang pengguna media sosial di Thr£ads itu menjadi tular dan meraih pelbagai maklum bal@s.
Terdapat netizen yang mempers0alkan hubungan individu itu dengan pasangan terbabit kerana dikatakan mengetahui k0nflik rumah tangga yang berlaku.

Malah ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan pendedahan tersebut kerana seolah-olah mengetahui punca perceraian pasangan itu.
Sementara itu, usaha media menghubungi Nubhan bagi mendapatkan maklum bal@snya tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Pada 5 November lalu, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Peguam yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli memakumkan tuntutan berkenaan difailkan terhadap Dr Afifah pada September lalu.
Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk makluman, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: