"Saya ada terbaca juga mengenai apa yang men1mpa Syura. Jadi, saya doakan semoga Syura diberikan kesembuhan. Saya tak adalah baca sangat artikel itu, sebab Nana tak tahu betapa s£rius atau macam mana, tapi apa-apa pun saya doakan dia diberikan kesembuhan."
Itulah kata penyanyi Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dimana dia mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan rakan seperjuangannya, penyanyi Syura Badron yang baru-baru ini diuji dengan s@kit dan dirawat di sebuah hospital.
Khabar keadaan Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, 39, itu diketahui Nana selepas terbaca artikel berita mengenainya.
Sepanjang karier seninya, Nana pernah berduet dengan Syura menerusi lapan lagu 'Bakawali', 'Berdamping', 'Habibah Maisara', 'Hari Ini Hari Raya', 'Igau Sang Perawan', 'Joget Pilihan Jiwa', 'Joget Seloka' dan 'Lafaz Asmara' selain lagu nyanyian beramai-ramai.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment