07 June 2022

"SAYA TAK TAYANG RESIT SEBAB HORMAT... SAYA TIDAK PERNAH ADA BARANGAN YANG TIDAK ORIGINAL" - IQBAL



"Saya tak tayang resit sebab hormat privasi kakak saya Datin @reenazach sebab tidak semua orang suka tayang macam saya. Tapi jika mahu, bila bila masa saya boleh tunjuk. Jangan sampai yang lain juga saya tunjuk semua. Pergi semak di butik sendiri pun boleh untuk kepastian. Jujur, sewaktu saya tiada berkemampuan dulu pun saya tidak pernah ada barangan yang tidak original.


"Cuba tilik dekat-dekat adakah ini original atau tidak. Jam Rolex tidak dijual dengan mudah walaupun kita mampu. Saya menunggu lebih dua tahun," itulah kata usahawan sensasi Iqbal Zulkefli yang tampil menjawab komen netizen menerusi satu perkongsian di IG Story.

Dalam kenyataan tersebut, Iqbal atau nama penuhnya Ahmad Iqbal Zulkefli, berkata dia tidak mahu menayang resit jam tersebut kerana menghormati usahawan yang dianggap seperti kakaknya itu.

Klik untuk gambar besar



Baru-baru ini, Iqbal ada memuat naik video menerima seutas jam tangan mewah jenama terkenal, Rolex bernilai RM100,000 pemberian seorang usahawan wanita. Menurut Iqbal, dia sudah menunggu dua tahun untuk membeli jam tangan berkenaan namun tidak sangka menerima hadiah tersebut.

Bagaimanapun, ada netizen beranggapan jam tangan tersebut bukan asli serta ada yang meminta Iqbal menunjukkan bukti resit pembelian. Malah, ada yang menuduh dia anak ikan kepada usahawan berkenaan.

Terdahulu, Iqbal berkata dia sudah mengenali usahawan itu sejak 10 tahun lalu ketika dia merantau bersendirian di Kuala Lumpur dan wanita itu yang banyak membantunya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: