11 June 2022

"SEKURANG-KURANGNYA HORMATI TEMPOH EDAH INI..." - ANAK AZRI ISKANDAR HARAP WANITA ITU DAPAT JAGA BAPANYA, JANGAN PANDANG HARTA



"Secara dasarnya, kami adik-beradik tak setuju sangat. Iyalah, baru saja bercerai dengan mak yang masih dalam tempoh edah. Jadi bagi kami, faktanya ialah, dia macam tak hormat tempoh edah mak. Lagipun, saya, kakak-kakak dan abang, fikir sebenarnya ayah patut ambil masa selepas bercerai itu untuk fokus kerjaya dulu. Bukan terburu-buru untuk kahwin.


"Paling tidak pun, hormatilah tempoh ini," ujar anak selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty iaitu Azrell Omar Iskandar yang tampil membuka mulut berhubung kontroversi bapanya ingin berkahwin lagi selepas 25 hari bercerai ibunya.

Azrell memberitahu, dia dan adik-beradiknya yang lain tidak begitu bersetuju dengan hasrat bapa mereka untuk berkahwin lain memandangkan perceraian dengan Ellie, masih terlalu baru.

Selain itu, ditanya sama ada dia dan adik-beradik lain ada bercakap secara terus dengan ayah mereka berhubung perkara ini, Azrell menganggap perkara itu dibimbangi membawa salah faham.

Klik untuk gambar besar



"Kami dah cuba untuk cakap dengan dia, tapi macam takut dia salah faham. Takut dia terasa sebab boleh dikatakan sekarang ini, apa yang dia buat ini macam tanpa sedar. Contoh, pasal perempuan bernama 'F' itu pun, saya pun tak tahu ayah saya main Facebook kenal dengan siapa. Tahu-tahu muncul cerita pasal 'F', itulah, inilah.

"Tapi kalau ya dia betul nak kahwin lain, tetap nak ikut cara dia, kami reda sajalah. Dah tak tahu nak cakap apa. Terus-terang, kalaulah dia boleh sekurang-kurangnya hormati tempoh edah ini, saya okey," katanya.

Dalam pada itu, kata Azrell, dia menaruh harapan besar seandainya benar wanita bernama Azra itu ingin diperisterikan oleh ayahnya, biarlah dia dapat menjaga bapa mereka itu dengan baik.

"Kalau betul impian dia nak berkahwin dengan perempuan itu, saya harap perempuan itu dapat menjaga dia. Jangan pandang sebab harta atau apa sebab kami selama ini pun, bukannya orang senang," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: