24 June 2022

SHAHIR BERTUNANG JULAI DEPAN - ERRA FAZIRA TUMPANG GEMBIRA, DOAKAN PERKAHWINAN KEKAL



"Saya ada menghubunginya selepas mendengar khabar dia nak kahwin, sebelum media tahu saya dah tanya dia dulu. Selepas itu dia cerita dan kemudian barulah media tahu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya. Dia pun dah bersedia sangat. Saya doakan semoga ini perkahwinan pertama dan terakhir buatnya.


"Saya masih mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan... sesiapa pun saya berkawan tapi tidak berjodoh, kami tak bermusuh," itulah kata penyanyi dan pelakon Erra Fazira yang tumpang gembira apabila mengetahui bekas kekasihnya iaitu Shahir Zawawi bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Menurut Erra, 48, dia ada menghubungi Shahir bagi bertanyakan khabar dan ura-ura bakal berkahwin sebelum perkara itu diketahui oleh media.

Pada 6 Jun lalu, Shahir berkongsi berita gembira dia bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita yang baru dikenali sejak dua bulan lalu.

Menurut Shahir, 34, perancangan untuk berkahwin adalah suatu yang tidak dijangka dan dia selesa memilih wanita tersebut sebagai calon isteri walaupun tempoh perkenalan mereka agak singkat.

Klik untuk gambar besar



Ditanya mengenai jodoh, Erra berkata dia kini masih dalam fasa memilih dan mencari calon yang tepat buat dirinya.

"Mencari jodoh tu bukannya mudah dan tanya diri sendiri perlukah cari jodoh?. Kalau berjodoh buat diri tak tenang what the point? Dalam keadaan sekarang saya lebih tenang sebab dapat fokus pada kerja.

"Status sekarang sedang semak borang (memilih orang yang sesuai). Saya hanya minta orang doakan siapa pun jodoh saya," ujarnya.

Pada pertengahan Julai ini, Shahir difahamkan bakal melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya. Shahir berkata, dia dan pasangan merancang untuk berkahwin tahun ini.


"Nak bertunang pertengahan Julai ini dan kahwin Insya-Allah tahun ini juga. Sebenarnya kami baru juga kenal. Dia bukan orang industri hiburan dan berusia 30 tahun. Kami berkenalan pun secara tak sengaja di media sosial," jelasnya.

Menurut Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 34, yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan, dia sudah menghadiri kursus kahwin.

"Pada usia sekarang memang sudah cukup matang untuk kahwin. Pada saya ini semua aturan Allah. Kalau nak cakap soal bersedia nak berumah tangga, sebelum ini lagi dah sedia. Malah, kalau ikutkan usia sebgini sepatutnya dah kahwin. Kawan-kawan saya pada usia ini semua dah ada anak.

"Ini semua kerja Allah. Perkenalan kami dipermudahkan begitu juga ketika nak buat keputusan. Keluarga kami sama-sama menyokong. Bila buat solat istikharah Allah susahkan bermakna belum masanya, tapi bila Allah permudahkan sudah sampai masanya," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: