24 June 2022

SYAMSUL YUSOF DEDAH ADA NETIZEN NAK BOIKOT FILEM: "MEREKA LUPA... MEREKA BUKANLAH TUHAN"



"Walau segelintir ingin memboikot filem, memboikot karya saya, 'Lets cancel Syamsul Yusof dan iri dengan kejayaan dari Allah.' Namun mereka lupa.. mereka bukanlah Tuhan. Aku hanya bergantung pada Mu Yang Satu ya Rabbi. Tiada yang Lain. Engkaulah Tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku redha."


Itulah ujar pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof menerusi Instagram Stories dimana dia mendedahkan ada segelintir pihak yang ingin memboikot dirinya dan karya seni gara-gara terpalit dengan kontroversi yang melibatkan rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana.

Pelakon berumur 38 tahun ini bagaimanapun menyerahkan urusan rezeki kepada Allah SWT. Sejak akhir-akhir ini, nama Syamsul menjadi sebutan ramai di media sosial gara-gara konflik panas itu.

Dalam pada itu, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof berasa lega apabila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mencatatkan penjualan tiket 'full house' sejak ditayangkan di panggung semalam (Khamis).

Klik untuk gambar besar



Biarpun di sebalik kemelut yang muncul, sambutan yang diterima daripada penonton sangat luar biasa. Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mencipta sejarah apabila menjadi filem epik tempatan pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, semalam.

"Izin Allah.. Maka dengan ini Mat Kilau menjadi filem epic pertama Malaysia memecahkan rekod pembukaan sbg "Filem epic Melayu kutipan paling tinggi dlm sejarah". BREAKS RECORD AS THE HIGHEST GROSSING OPENING DAY FOR MALAY EPIC FILMS. Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan... 1 million in just 1 day!! #recordBreaker #matkilau," tulisnya.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Ellie Suriaty Omar, Farah Ahmad dan pelakon aksi terkenal Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: