04 June 2022

SHUIB: "KALAU BOLEH SAYA MAHU ELAK JUMPA DENGAN DIA ('KEMBAR' ARWAH SITI SARAH)



Semua sedia maklum mengenai 'kembar' Allahyarham Siti Sarah yang sebelum ini bertemu dengan bapa arwah, pelakon veteran Raissuddin Hamzah bagi memberi kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-66, pada Ahad lalu. Kejutan itu dirancang isterinya, Siti Fatimah Suberi, 35, atau mesra disapa dengan panggilan Mak Der.


Suami kepada Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu ketika ditanya mengenai 'kewujudan kembar' arwah isterinya itu dan kesudiannya berjumpa wanita berkenaan, berkata dia tidak sanggup untuk bertemu dengan 'kembar' arwah isterinya iaitu Emy Nur Faranizah yang tular baru-baru ini.

Jelas Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, lagi, memori dan 'keberadaan' Allahyarham masih diingati dan menebal dalam dirinya dan arwah isterinya tiada pengganti. Menurut Shuib, dia tidak kisah jika orang ramai menyamakan wajah wanita itu dengan Siti Sarah.

"Kalau boleh saya mahu mengelak daripada berjumpa dengan dia (Emy Nur Faranizah). Untuk melihat 'figure' Sarah sekarang ini saya tak sanggup. Sebab dia dah tak ada dan semestinya tak ada pengganti untuk dia. Untuk tengok depan mata saya tak sampai hati dan tak sanggup.

Klik untuk gambar besar



"Untuk anak-anak berjumpa dia (Emy) saya okay saja dan tak larang. Saya boleh bawa, tak ada masalah. Sebab Allah Maha Kaya, Maha Hebat. Saya selalu dengar kita ini ada tujuh kembar, muka sama kita dalam dunia ini. Satu kelebihan juga Allah nak bagi muka sama.

"Saya anggap ini biasa. Saya percaya setiap orang ada muka sama. Begitu juga dengan saya. Perkara sebegini memang dah ada dan tak ada isu pun. Kalau terjumpa ia satu rezeki.

"Kalau orang tanya saya nak jumpa saja-saja saya cakap tak sebab rindu saya dengan Sarah memang takkan pernah habis. Saya tak boleh nak tengok, saya tahu bukan dia walaupun muka sama," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: