04 June 2022

DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL - JASMIN HAMID BERSYUKUR SEMAKIN SIHAT, BERTERIMA KASIH ATAS DOANYA



"Allah Maha Baik. Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat doa suami, anak-anak, adik-beradik, mertua, keluarga, sanak saudara, kenalan dan kalian semua. Saya sudah makin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital petang ini kerana serangan jantung baru-baru ini untuk pertama kalinya.


"Tiada kata selain terima kasih banyak pada doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus merawat saya hingga kembali sihat. Terima kasih juga kepada semua yang sempat ziarah saya di hospital. Pada semua yang sayang saya sebab tak henti bertanyakan khabar dan mendoakan kesihatan saya kembali pulih.

"Ajal maut, jodoh dan rezeki adalah rahsia Allah... Terima kasih Allah, terima kasih semua kerana kasih sayang kalian pada saya, kuatkan saya untuk bangun," itulah tulis pelakon Jasmin Hamid, 48, yang dibenarkan keluar hospital hari ini selepas ditahan akibat terkena serangan jantung baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Kata Jasmin, kesihatannya semakin baik dan bersyukur ramai yang mendoakan serta mengambil berat terhadap keadaannya sepanjang berada di hospital. Dalam masa sama, Jasmin akui sangat terharu terutama dengan layanan doktor serta jururawat sepanjang dirawat di hospital. Tidak ketinggalan, dia berterima kasih kepada semua yang menziarahnya.

Terdahulu, suaminya iaitu Nazmir Abd Rahim, 36, berkongsi keadaan Jasmin yang dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, di sini, selepas mengalami serangan jantung.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: