04 June 2022

POSTING SHARNAAZ PERLI SHILA AMZAH? : "ABANG TAK MAIN TAIK DIK... ADIK YANG GILA BAYANG"



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Sharnaaz ada memuat naik gambar serta kapsyen dimana ia telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.


Dalam hantaran tersebut, Sharnaaz menyifatkan individu yang digelar 'adik' itu sebagai gila bayang atau masih menyukai seseorang yang tidak lagi bercinta dengannya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ianya ditujukan kepada siapa.

"Abang tak main taik dik... Adik yang gila bayang. Maaf kalau gambar kurang sopan," tulis Sharnaaz pada gambarnya yang berada di pantai serta dikaburkan sedikit di bahagian jarinya.

Meninjau di ruang komen pula, rata-rata netizen yang membuat andaian individu yang dimaksudkan Sharnaaz adalah bekas kekasihnya iaitu penyanyi Shila Amzah. Bagaimanapun, itu hanya spekulasi netizen sahaja apatah lagi Sharnaaz tidak menyatakan lebih lanjut mengenai perkongsiannya itu.

Klik untuk gambar besar



Shila sebelum ini ada memberitahu tidak akan kembali bercinta semula dengan pelakon itu kerana pernah melalui jalan cerita yang kurang menarik ketika menjadi pasangan kekasih.

"Dah pernah bercinta dengan awak... dah tahu jalan cerita tak best. Tak best sampai lari dari rumah menangis. Macam orang nak sangat kat dia," demikian antara komen netizen.

Sementara itu, Shila dalam satu perkongsian di laman sosial miliknya berharap tidak ada peminat yang akan membenci dirinya dan terus mendoakan kebahagiaan kedua-dua pihak.

"Benda dah 10 tahun lebih dahulu. Selepas apa yang berlaku saya dan Sharnaaz sama-sama mencari seorang yang lebih baik. Tidak semestinya apa yang berlaku masa lalu akan terjadi lagi. Hentikan membenci saya dan doakan kebahagiaan kedua-dua pihak," ujarnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: