08 June 2022

SUAMI TAMPIL KURUS BUAT PEMINAT TERTANYA "HEYKAL SAKIT KE?" - INI JAWAB FAEZAH ELAI



Baru-baru ini, pelakon Faezah Elai ada memuat naik foto terkini dia bersama suaminya, pengarah Heykal Hanifah yang difahamkan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.


Namun penampilan terbaharu suami Faezah itu telah menjadi tumpuan selepas fizikalnya kini kelihatan lebih kurus dan berwajah memanjang. Foto terbaharu itu dikongsi Faezah menerusi akaun Instagram miliknya.

Kemas kini itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata terkejut serta bertanyakan peribal kesihatan terkini Heykal.

"Heykal sakit ke? Lain muka dia." - "Kurus dah suami dia, nampak kurus terus." - "Wah ingatkan bergambar dengan orang lain tadi rupanya suami dah kurus," antara komen-komen pengikutnya.

Klik untuk gambar besar



Pun begitu, Faezah tidak berdiam diri malah tampil menjawab soalan netizen mengenai keadaan suaminya.

"Alhamdulilah sihat walafiat. When you lose weight automatically your face akan kecut jugak," jawabnya dengan tenang.

Terdahulu, Heykal juga pernah menjadi tumpuan kerana telah berjaya menurunkan berat badannya dengan mendadak. Bagaimana pun kali ini perubahan fizikalnya amat ketara.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: