08 June 2022

MIMPI NAMA KETIKA USIA KANDUNGAN ELISYA TIGA BULAN - SHEILA RUSLY TERUJA BAKAL TIMANG CUCU PEREMPUAN



Semua sedia maklum pelakon Elisya Sandha kini sedang hamil anak perempuan dan ia tentunya membuatkan ibu mentua iaitu penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly lebih teruja.


Sheila, 51, memberitahu nama bakal cucu pertamanya diambil daripada mimpinya dan dipersetujui oleh menantu juga pelakon, Elisya Sandha. Katanya lagi, dia juga orang pertama yang membelikan barang dan kelengkapan cucu perempuannya yang dijangka dilahirkan pada 16 Jun ini.

"Saya mimpi nama bakal cucu ketika usia kandungan Elisya baru tiga bulan. Saya cakap pada Elisya, rasanya anak dalam kandungan adalah perempuan. Saya mimpi dia lahir dan dia perempuan dan terus bagi nama. Saya akan gunakan nama itu. Insya-Allah, nama itu akan dikongsikan Elisya dan suaminya selepas dilahirkan nanti.

"Apabila dia lahir kelak, suasana lebih meriah. Saya orang pertama beli barang bayi, memang teruja dan gembira. Macam suami cakap, semoga Allah panjangkan umur saya, bagi saya peluang, nafas untuk saya tengok kebahagiaan rumah tangga anak-anak. Dapat pula tengok cucu. Allah hantar terlalu banyak kepada saya pada usia ini, saya rasa sangat bertuah dan bersyukur," ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Sheila teruja apabila adik kepada pelakon Fasha Sandha itu bakal menjalani proses berpantang di rumahnya: "Kehadiran Elisya mengubah kitaran hidup saya. Lain bila ada suri dalam rumah. Saya ada kawan di dapur, ada orang yang saya boleh bercakap mengenai fesyen, masak dan apa saja boleh berkongsi dengan dia. Mungkin sebab minat kami sama, sebab itu kami sangat rapat.

"Apabila dia memilih untuk berpantang 44 hari dengan saya, saya terharu. Bukan semua orang nak dengan mak mentua kan. Insya-Allah akan turut 'confinement lady' atau penjaga pantang. Dia nak duduk dengan saya. Saya bangga juga, walaupun dia tak cakap selesa, tapi dengan keputusan itu saya dapat rasa dia selesa dengan saya, itu dah cukup buat saya," tuturnya.

Shiela berkata dia tidak dapat menahan sebak dan tangis ketika berkongsi perasaannya yang selama ini dia hanya menumpang kasih pada mereka yang ada anak atau cucu perempuan.



"Saya tak boleh kawal. Ini bukan berlakon, bukan saja-saja nak keluar air mata, air mata bukan boleh rancang nak keluar. Saya rasa sebak, sebab keluarga saya kecil, tidak ada anak perempuan. Macam saya cakap, bertahun-tahun saya menumpang kasih. Setiap kali pelakon bekerja dengan saya anggap mereka anak, mereka panggil saya mama, saya anggap macam anak sendiri.

"Bila Allah hantar bakal cucu perempuan, yang mungkin ambil alih tempat saya dan ambil aura, saya dapat rasakan. Walaupun masih dalam perut, saya selalu cakap pada Elisya, cucu saya ini akan ikut jejak langkah saya, saya tahu dia kuat," katanya.

Untuk makluman, Elisya, 23, berkahwin dengan anak Sheila iaitu Uzair Haqimy, 26, pada 21 Ogos tahun lalu dijangka bersalin bayi perempuan pada 16 Jun ini.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: