07 June 2022

"TAK SUKA BEREBUT-REBUT ATAU SHARE-SHARE NI" - JOY REVFA TAK AKAN GANGGU SUAMI, TUNANG ATAU BOYFRIEND ORANG



"Tak payah la risau.. Joy ni tak akan ganggu suami / tunang / boyfriend orang. Tak suka berebut-rebut atau share-share ni. Sesiapa rapat dengan Joy kenal la Joy macam mana. Kawan-kawan Joy kebanyakkannya 80% semua suami orang tapi isteri-isteri dorang semua tahu Joy ni jenis yang tak akan rampas / mengedik / goda suami orang.


"So sesiapa tak yah la propose nak jadikan Joy bini kedua, ketiga, keempat atau kelima. Ibu pun selalu pesan, jangan ganggu rumahtangga orang lain. Daripada pening kepala berebut-rebut, lebih baik pilih yang single & tak bermasalah. Tu je nak cakap," demikian tulis usahawan kosmetik, Joy Revfa yang mendedahkan dia tidak berminat untuk berkongsi kasih dengan mana-mana lelaki yang sudah mempunyai pasangan.

Menerusi laman Instagram, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin mengakui ibunya juga berpesan untuk mencari lelaki solo bagi mengelakkan sebarang masalah. Perkongsian yang dibuat Joy itu menerima reaksi daripada para pengikutnya.

Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017. Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak berpanjangan sebelum mereka disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017. Terdahulu, Joy pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: