23 June 2022

"TAK ADA ORANG KETIGA..." - ASHIRA & BAD INDIGO SAH BERCERAI, AKUI MASIH TETAP BERKAWAN



"Kami dah capai persetujuan bersama, kami dah sah berpisah. Tapi, kami tetap berkawan sebab kami memang nak berkawan sampai bila-bila. Insya-Allah. Saya tetap sayang dia juga. Yang penting, tak ada orang ketiga, keempat, kelima dan keenam.


"Sebenarnya, apa sebab semua ini (berlaku), tak boleh nak cerita sebab apa yang berlaku dalam perkahwinan adalah aib. Mendedahkan aib walaupun aib sendiri adalah dosa. Jadi, hanya Allah yang tahu," itulah jelas ahli kumpulan Indigo, Bad yang mengumumkan rumah tangga dia dan isterinya yang juga penyanyi, Ashira sudah pun berakhir.

Berita itu dikongsikan oleh Ashira dan Bad menerusi laman Instagram. Menurut Bad, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan mereka berpisah bukan disebabkan orang ketiga namun mengunci mulut mengenai punca perpisahan mereka.

Sementara itu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, berkata dia berharap dengan perkongsian video ini dapat menjawab persoalan mengenai rumah tangga mereka.

Klik untuk gambar besar



"Kami nak beritahu dahululah sebelum keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita di luar yang tak betul. Diharap, video ini jelaslah untuk semua orang. Tak ada masalah antara kami.

"Dan nak minta maaf juga kalau ada kawan-kawan wartawan yang nak tanya kenapa, punca dan bila. Yang itu biarlah saya, dia keluarga dan yang di atas (Allah) sahaja yang tahu," katanya.

Untuk makluman, Ashira dan Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021, selepas kedua-dua mereka mula rapat ketika menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Dalam pda itu, Bad terpaksa menjalani pembedahan membuang jari kakinya yang sudah luka akibat penyakit diabetes yang dihidapinya pada Januari, Mac dan September tahun lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: