08 June 2022

TAK SAMPAI SEBULAN CERAI, BAKAL NIKAH LAGI - AZRI ISKANDAR PILIH PENULIS SKRIP ADA PHD JURUSAN MUZIK



"Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu. Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat. Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti," itulah kata pelakon Azri Iskandar yang memaklumkn dia bakal bernikah lagi.


Bulan lalu, berita perceraian Azri dengan pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mengejutkan ramai apatah lagi sudah 19 tahun mendirikan rumah tangga.

Terkini, belum sampai sebulan bercerai, Azri mengesahkan dia bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.

Menerusi laporan MalaysiaKini, Azri berkata dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik wanita bernama Azra Diera itu sebelum 23 Jun ini.

Menurut Azri, wanita yang mesra disapa Ara itu berusia 43 tahun dan masih belum berkahwin. Dalam pada itu, Azri berkata majlis persandingan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana jadual kerjanya yang padat ketika ini.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: