08 June 2022

TAMPIL JELAS ISU DIDAKWA KEBAS RM15,000 - PA JUGA BUAT LAPORAN TERHADAP FIFY AZMI



"Saya tak pernah lari dan ada balas mesejnya tapi lambat sebab ada urusan kerja lain. Berkenaan dengan bayaran itu, sebenarnya ada salah faham dan saya pun sudah jelaskan kepada Fify.


"Saya mengaku memang kecuaian daripada pihak saya. Saya tak perasan pihak produksi sudah memasukkan bayaran Fify ke dalam akaun saya kerana biasanya semua bayaran dimasukkan ke dalam akaun Fify.

"Cuma kali ini saja masuk akaun saya sebab membabitkan invois. Fify tak tahu nak buat invois, jadi saya buatkan guna nama syarikat saya sebab itu produksi masukkan bayaran dalam akaun saya.

Klik untuk gambar besar



"Pihak produksi tak maklumkan saya mengenai bayaran yang sudah dimasukkan dalam akaun saya. Saya pula tak periksa akaun dan memang silap saya. Saya mengaku mungkin saya ada terpakai duit daripada bayaran itu sebab tak perasan. Namun, saya sudah beritahu dan jelaskan kepada Fify yang saya akan bayar secara ansuran.

"Atas persetujuan, saya hanya kena bayar RM12,000 kepada Fify. Saya ingatkan semuanya sudah dijelaskan sebab kali terakhir kami berhubung tiga hari lalu dan masing-masing terus senyap," demikianlah jawab pembantu peribadi (PA) pelakon Fify Azmi yang dikenali sebagai Nora yang tampil menjelaskan berlaku salah faham terhadap isu pembayaran dari produksi dan bukannya dia melarikan wang berjumlah RM15,000 seperti didakwa.



Nora tidak menafikan kecuaian itu datang daripadanya kerana tidak menyedari Skop Production sebenarnya sudah memasukkan bayaran itu ke dalam akaun bank miliknya. Dia turut menafikan pernah lari daripada Fify berhubung perkara itu.

Nora berkata, bayaran itu dimasukkan ke dalam akaunnya disebabkan pelakon itu tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan invois. Nora juga terkejut apabila Fify tularkan perkara itu walaupun mereka sudah berbincang untuk pembayaran semula kepadanya. Dalam pada itu, Nora juga sudah membuat laporan polis terhadap Fify namun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu.

Semalam, Fify difahamkan telah membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya mendakwa ditipu seorang wanita yang juga pembantu peribadinya. Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi berkata, individu itu mengambil bayaran berjumlah RM15,000 bagi pihaknya secara senyap-senyap untuk projek bersama sebuah syarikat produksi.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: