08 June 2022

YONNYBOII: "BE POSITIVE SAHAJALAH... KENA BANYAK SABAR, SAYA KENA NAIKKAN SEMANGAT ISTERI"



Berdepan dengan pelbagai kecaman, penyanyi rap Yonnyboii memberitahu sebagai anak seni, itu adalah satu perkara yang harus diperjudikan dalam kehidupannya. Akui Yonnyboii, tidak mudah untuk berdepan dengan kecaman netizen.


"Bagi saya cara dia adalah be positive sahajalah sebab kita tak boleh nak elakkan benda ini dari berlaku. Walaupun kita cuba halang perkara itu dari berlaku tapi tetap akan datang juga. Kena banyak sabar, positif selalu, saya kena naikkan semangat isteri saya," katanya.

Mengulas mengenai penerimaan Nik Nazira terhadap kecaman, Yonny memaklumkan sewaktu permulaan perkahwinan mereka, isterinya agak terkejut. Bagaimanapun kata Yonny, dia berpesan kepada isterinya supaya sentiasa positif walaupun ada yang berkata buruk tentang mereka.

"Dulu masa mula-mula kahwin dia macam terkejut sikit. Tapi sekarang dia nampak sedikit relax. Tapi saya tak suka bila dia skrol-skrol Instagram. Sebab saya pun ternampak beberapa komen, dia mungkin kata tak ada apa-apa, tak geram, tapi kita ni pula yang rasa panas.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini isteri kata dia tak pernah kena dan ini adalah pertama kali, jadi benda ini agak overwhelmed bagi dia. Saya cuma cakap dekat dia yang benda ni tidak akan habis. Kita buat macam mana pun tak boleh nak gembirakan hati semua orang.

"Tak mengapalah, it's okay lalu sahajalah. Cuba untuk kekal positif walaupun orang cakap buruk tentang kita. Itu merupakan sebahagian kerjaya saya dan dia pun terima seadanya. Kalau nak berada dalam industri ini, kita terima sahajalah sebab ini memang kerja kita.

"Bukan saya nak salahkan kerjaya cuma saya terfikir yang perkara itu memberikan kesan kepada dia. Tapi inilah tempat saya cari makan, kerja saya jadi kita kena terima," ulasnya.

Terdahulu, Yonny merupakan antara artis yang kerap menerima kecaman termasuklah isterinya. Sebelum ini, Yonny pernah meluahkan kekesalan terhadap segelintir netizen yang suka mencari kesalahan isterinya yang tidak bertudung.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: