08 June 2022

TOLAK GELARAN DATUK - NORANIZA IDRIS BELUM BERSEDIA, AKUI SEGAN & RASA JANGGAL



"Bukan baru-baru ini, dah lama dah sejak 2007 sehinggalah tahun lepas. Tawaran itu ada sahaja tetapi secara jujurnya saya tolak. Secara peribadi, saya memang daripada dulu sampai sekarang, bila orang nak bagi gelaran Datuk tu saya rasa macam segan pula.


"Rasa janggal pun ya juga. Sebab saya banyak buat program CSR, orang panggil saya kak Ani, tiba-tiba nak tukar panggil Datuk, saya rasa lain pula," ujar penyanyi terkenal dan juga Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang belum bersedia untuk menerima gelaran Datuk.

Menurut Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, ada beberapa pihak tampil menawarkan gelaran tersebut namun ditolak dengan baik. Kata Kak Ani lagi, dia merasakan dirinya masih belum sesuai untuk memikul tanggungjawab dengan membawa gelaran Datuk.

"Bukan baru-baru ini, dah lama dah sejak 2007 sehinggalah tahun lepas. Tawaran itu ada sahaja tetapi secara jujurnya saya tolak. Secara peribadi, saya memang daripada dulu sampai sekarang, bila orang nak bagi gelaran Datuk tu saya rasa macam segan pula.

Klik untuk gambar besar



"Rasa janggal pun ya juga. Sebab saya banyak buat program CSR, orang panggil saya kak Ani, tiba-tiba nak tukar panggil Datuk, saya rasa lain pula. Saya bukanlah seorang jutawan yang membantu ramai orang. Saya juga bukanlah orang yang benar-benar berjaya, kalau besar sumbangan saya tidak mengapa.

"Tak apalah, mungkin belum sampai masanya lagi. Sebab kita tahu diri kita bagaimana. Saya memang pesan awal-awal, jangan dulu sebab saya rasa belum boleh nak pegang gelaran itu. Saya lebih selesa dengan status sekarang. Tak apalah, dapat gelaran Datuk yang ada cucu pun dah okay," tuturnya sambil berseloroh.

Dalam perkembangan terbaharu, Noraniza Idris telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Seni dan Budaya. Selain itu, Noraniza juga sedang sibuk membuat persiapan konsert terakhirnya, Malai Solo yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: