23 June 2022

YASIN SULAIMAN: "KANABIS UNTUK RAWATAN... SAYA MUNGKIN TERPAKSA JUAL BUAH PINGGANG SARA KOS GUAMAN"



"Kanabis bukan nakotik, satu dunia dah tahu. 40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis perubatan. Tuhan tak jadikan pohon kanabis sia-sia, pohon kanabis adalah untuk rawatan. Maka, keluarkanlah kanabis daripada senarai narkotik.


"Terima kasih semua...," ujar penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang diilihat tersenyum menerusi video dikongsikan dan sempat menitipkan pesan menggesa kerajaan Malaysia mengeluarkan kanabis daripada senarai nakotik.

Sementara itu, keadaan terkini Yasin turut menjadi perhatian ramai yang sempat mengucapkan salam takziah di atas pemergian Allahyarham Adibah Noor dan sahabat baiknya, Allahyarham Mujahid Abdul Wahab.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak namun mengagumi penyanyi itu yang sentiasa positif serta mendoakan agar urusan Yasin dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar



Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini diberitahu kes pendakwaan terhadap penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, kekal dijalankan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya petang semalam. Susulan itu, peguam Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan.

"Terima kasih kepada pasukan pendakwaan kerana menyediakan laporan kimia dalam masa singkat dan kita mohon dua minggu dari sekarang (sebutan kes) jika memadai," katanya.



Dalam pada itu, Yasin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penderma tabung yang bermurah hati untuk menyumbang bagi membiayai kos guamannya berhubung pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja pada 13 Mac lalu.

Menurut Yassin, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya bagi menampung kos guaman sepanjang kes perbicaraan ini dijalankan.

"Terima kasih kepada yang mengisi tabung guaman saya, tanpa mereka semua ini mungkin terpaksa jual buah pinggang bagi sara kos guaman ini. Kes besar macam gajah, tapi saya hanya semut yang mengharapkan keajaiban," tutur Yasin yang ditemui media di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: